Macaroni Cheese Paling Simple
Bila musim hujan mesti rasa malas nak masak .Tapi memandang perut En Suami pun nak kena jaga jugak .So ni la hasilnya .
Tema : Masak Mood ke Laut..
Bahannya untuk 2 orang makan
- Macaroni 3 cekak direbus 15minit ( rebus bagi mendidih , agak2 lembut kunyah tak rasa tepung tu dah masak dah le..)
- 5 Sosej - Hiris setengah inchi serong2 .
- Butter ( ganti dengan minyak masak pun boleh )
- Susu Cair 1 tin.
- Cheese - suka hati la nak pakai cheese ape...CMguna Cheesedale campur Mozarela.
- Serbuk Daun basil ( ada jual kat Tesco dan Giant serta supermarket lain )
Cara masak..
- Panas kuali , masukkan 2 senduk butter untuk menggoreng sosej
- Masukkan susu cair ke dalam kuali
- Masukkan macaroni yang telah direbus tadi tambah garam separuh sudu teh je..
- Selepas mendidih masukkan Cheese dan Serbuk Daun Basil tadi ( agak2 je..jangan letak banyak sangat )
- Siap !!
Kalau nak masak untuk ramai orang cuma kene pandai agak tambah macaroni dan susu cair je.
Sosej boleh diganti dengan daging hancur yang telah digoreng sampai garing..
0 comments