KENAPA BUKIT TU KAU DAKI ??
Ketika melintasi satu dataran luas menyusuri jalan ke puncak bukit terpandang aku satu kelibat putih di kiri aku.
Di satu sudut "ia" berdiri tegak memandang kami...
Dengan perasaan cuak aku memandang kembali kehadapan dengan langkah yang lebih laju..lalu aku berkata kepada rakan ku yang menemaniku mendaki bukit di kawasan Bukit Jambul itu.
"Ana jom balik...cukup rasanya setakat ni kita hiking, kaki aku dah cramp la"
Pandangan Ana terhadap aku dengan kening berkerut .."Cepatnya ..baru je panjat ni..tak sampai lagi tangga kat depan tu..."
"Serius la...jom la balik" aku menjawab .
Lalu kami pun berpatah balik selepas Yus bersetuju dengan permintaan aku.
Otak ku ligat berfikir.."baru pukul 6petang..awal lagi dah tonjol diri"
Itulah kali terakhir aku mendaki bukit di Kawasan tersebut.Mata ni terbayang lagi...kelibat putih menyerupai seorang wanita berambut panjang mencecah ke paras lutut..
Takut walaupun "benda" tu Jin ..tapi perasaan takut tu tetap ada .
Dalam hati waktu tu bacaan Qursi tak henti sampai la tiba di rumah.
Keesokannya hari baru lah aku ceritakan kepada rakanku..Perihal sebenar..
Terkejut dia...
"OK...Tak mau dah naik bukit tu!! "
0 comments