Wednesday, December 2, 2020

Ujian ketika Mengandung | Kisah Trimester kedua - Plasenta Previo


MC nak kongsi ilmu untuk pengetahuan korang jugak la..Kalau simpan ja dalam diri , orang lain tak tahu kan..So here my stories..


During MCO 2020 

Masa check up kandungan di Klinik Kesihatan baru ni (kandungan masa ni dah 5 bulan), MC dah masuk Trimester kedua.Checkup disini bermaksud check berat badan , tekanan darah tinggi dan jantung baby dengan alat macam kat bawah ni.



Semasa doktor scan dan check perut , Doktor tengok muka MC semacam ja..MC pun hati lagi rasa berdebar..dalam hati ..Dah kenapa doktor ni...cuak aku..Lepastu doktor cakap ..Awak,  saya akan refer ke GH direct tarikh Esok pagi , boleh ?

Kenapa doktor ?? Dah gelabah dah aku...Mata tengok skrin...Allahu Akbar , anak mama dalam posisi Sujud ke tu...Doktor panggil nurse , Nurse tengok sini kejap ...Nurse tengok skrin lepas tu dia cakap..


Owh...Adik jangan risau , Alhamdulillah baby sihat dan ok...Sujud tu hah...

Cuma .....


Dah kenapa ?? dalam hati aku ni...


Orang melayu panggil uri kat bawah ni...Hah..lega ..takpa ka?soal aku...
Takpa..cuma oleh sebab ni kandungan yang ke4 dan adik pernah gugur 3 kali dalam usia 18 minggu kebawah , jadi Doktor akan rujuk ke Pakar Gynae terus la..


So di jadikan cerita ..esoknya MC pun di admit kan ke GH selepas berjumpa dengan Pakar Gynae on spot lepas jumpak Pakar tu..hati la..hai...sayu nya...ye la..dah la musim Covid..Pelawat tidak dibenarkan , selepas En Somi hantar ke wad tengahari tu..kami pun tak jangka nak kena admit..So En Somi je la balik rumah amik toilettories, baju salin dan yang penting Power Bank.

Apa yang doctor check dekat diri aku ?

Day 1
👉1st sampai je kena amik darah 1 tiub dah - ni doc cakap utk Test tahap HB and penyakit lain.

👉After baring 20 minit macam tu..doc call masuk bilik Scanning..Scan perut dan tengok keadaan baby - 
Alhamdulillah baby aktif kicking masa ni. - Doc cakap ..Baby puan sihat dan aktif , cuma sekarang kita akan monitor plasenta puan nak tengok dia bergerak ke tak masa baby tengah aktif gerak tu.

👉Then doc suruh bedrest lagi




👉Lepas diberi makan ubat cair darah , aku disuruh rest dan tidur dulu..So petang nanti baru doc pakar datang check up lain.

👉Ubat ni memang MC makan pun selepas buat bloodtest masa tau mengandung time bukak buku pink kat Klinik Kesihatan .Masa tu doktor detect darah MC jenis pekat dan cepat beku lepas minum air gula dulu. Tapi HB MC OK.cumanya  Glucose MC lekat pulak kencing manis masa mengandung tapi still under control lagi.So MC tak kena insulin atau pun makan ubat untuk kencing manis tu.

Ubat cair darah / Aspirin


👉Lebih kurang pukul 4 petang doktor pakar direct jumpak MC kat katil.Panggil lagi ke bilik Scanning..Lepastu tengok lagi baby gerak2 .Doktor terangkan keadaan rahim MC dan keadaan pergerakan baby.Baby ok cuma kena monitor untuk placenta ja.Sebabnya ini adalah kali ke4 MC mengandung dan baby yang sebelum2 ni semuanya di Syurga.

Next post MC share pengalaman mengandung yang dulu..


Day 2

👉Awal pagi kali ni bangun sebab pukul 8 Doc dah buat ward tour.

Info dari Doktor Gynae

Gejala utama plasenta previa adalah perdarahan dari vagina yang terjadi pada akhir trimester kedua atau di awal trimester ketiga kehamilan. 

Di bawah ni adalah beberapa faktor yang diduga dapat membuat ibu mengandung lebih berisiko menderita penyakit ini.Dan MC juga tersenarai dalam list bawah ni..

  • Berusia 35 tahun ke atas.
  • Merokok ketika hamil atau penyalahgunaan dadah ketika hamil
  • Memiliki bentuk rahim yang tidak normal.
  • Bukan kehamilan pertama.
  • Kehamilan sebelum ini juga mengalami plasenta previa.
  • Posisi janin tidak normal, misalnya songsang atau melintang.
  • Hamil bayi kembar.
  • Pernah keguguran.
  • Pernah lakukan pembedahan dibahagian rahim.


Saranan Doktor untuk MC
  • Banyak baring dan bedrest.
  • Menghindari olahraga
  • Menghindari hubungan intim 


Ibu hamil yang mengalami plasenta previa sebenarnya masih dapat melahirkan normal, asalkan letak plasenta tidak menutupi jalan lahir atau hanya menutupi sebagian. Tetapi jika plasenta menutupi seluruh jalan lahir, dokter akan menyarankan operasi caesar.


Sedangkan pada janin, komplikasi yang dapat terjadi akibat plasenta previa adalah:

  • Kelahiran prematur
    Bila perdarahan terus berlangsung, bayi harus segera dilahirkan dengan operasi caesar, meskipun belum cukup bulan.
  • Asfiksia janin
    Kondisi ini terjadi ketika janin tidak mendapat cukup oksigen saat di dalam kandungan.

Ok..ni kisahnya ketika MC di trimester kedua.Alhamdulillah right now..MC dah 33minggu.Doakan kesihatan MC dan baby dalam kandungan ni ye..

Salam.



2 comments: