Powered by Blogger.

Follow by Email

KESAN DARI PENGUMUMAN PM BERKAITAN COVID19

by - March 17, 2020




Image from Astro AWANI/Shahir Omar

14 days self-quarantine has been revised to cover all countries if employees travel overseas.

Tempias dari Covid19 ( Novel CoronaVirus) harini gosip 1 hari tentang Pengumuman Khas semalam dari PM kita terkini , YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Datang kerja prepare untuk close production and do 5s area workstation.
Kemaskini semua urusan taskjob sepanjang 14 hari cuti ni.

Antaranya yang dipendekkan dari pengumuman beliau adalah : -
Info dari https://www.pmo.gov.my-mengenai-covid-19-16-mac-2020/

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ๐Ÿ”บ

Jangan Cemas dan Panic..

Kedai runcit masih beroperasi --So nak beli Sayur ke Bahan sampingan masak je boleh je beli.Cuma kalau nak murah bahan mentah kena direct terus ke Supermarket la..

Drive thru bukak ..Restoran Fast Food open for take away.

Dalam masa yang sama bagi rezeki untuk part timer GrabFood ,Food Panda, DeliverEat and seangkatan dengan nya.

Kita masak sendiri ..so dah jimat disitu.Beli ayam mentah 3 ekor buat stok dalam peti ais.
Beli cabai kering dan buat paste sendiri..so tahan la cili kisar tu.
Beli bawang satu guni kecil share dengan makcik depan pintu..sebab kalau beli kat kedai runcit mahal sikit..Nak murah bawang g kat Tesco or Giant..Bawang dan sayur semua segar2.

Kuarantin kat RUMAH TAU....bukan kuarantin tapi p ronda merata...Abaikan promosi jualan sale buat masa ni...

Musim jerami padi ni...jangan pulak pergi semata nak bergambar , padahal disitu dah berpusu orang..so walaupun dalam panas tak baik jugak untuk kesihatan dalam tempoh kuarantin ni.

No swim area pool, No swim area nature..No jogging No Running ...Rehat dalam rumah ye.

Untuk kebaikan kita jugak..bertahan sabar la..jangan degil ..

Pesanan khidmat masyarakat dari MC..

Terima kasih


You May Also Like

0 comments