Tuesday, April 9, 2019

HOTEL | Pulse Grande Hotel 🌸Menginap di Putrajaya

Bulan lepas sahabat CM , Kak Fida pergi menghadiri satu majlis Penganugerahan Freight Services syarikat Suaminya.

Dia dengan bersemangat bercerita kepada CM kawasan hotel yang dia inap tu cantik dan ekslusif di kawasan Putrajaya. Jauh jugak perjalanan untuk tiba disana dari Pulau Pinang ke Putrajaya mengambil masa lebih kurang 6 Jam.

Dalam perjalanan pergi ke Putrajaya , Kak Fida dah siap booking Hotel dengan menggunakan Traveloka. Cantik sungguh bilik Kak Fida iaitu Deluxe Park View di Pulse Grande Hotel (Formerly known as Putrajaya Shangri-La)





Pelbagai acara menarik boleh dilakukan di Putrajaya antaranya dengan menaiki bot kat Tasik Putrajaya.Boleh pilih samada nak naik Belimbing Cruise ataupun Perahu Dondang Sayang.Ada jugak ditawarkan pakej santapan istimewa yang boleh ditempah dalam Dining Cruise Boat yang berhawa dingin atau Love Boat ala gondola.

Tak rugilah kalau anda datang ke Putrajaya sebab ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di kawasan sekitar malahan pemandangan pun cantik, sesuai untuk penggemar selfie.

Antara lokasi menarik yang korang dapat lawati ketika berada kat Putrajaya ialah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terletak kat atas bulatan besar kat Putrajaya.
Bangunan ini sangat menarik dengan reka bentuk moden dan kecanggihan teknologi ini confirm menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.Kepada pengunjung yang belum pernah melihat sendiri bangunan ini secara dekat confirmnya tak akan melepaskan peluang kalau berada kat Putrajaya.
 

Antara yang sempat Kak Fida lawat adalah menziarahi Masjid Putra yang tersergam indah .Ianya adalah mercu tanda di Putrajaya.Cantik struktur bangunan dan ukiran di dinding masjid.Alhamdulllah sempat Kak Fida solat bersama suami dan anak-anak.

So alang-alang korang kat Putrajaya relaks dulu jangan balik lagi sebab ada banyak cheap hotels in Putrajaya so korang boleh book cheap hotels bangi putrajaya rooms dengan harga yang special kat online. Sekali sekala apa salahnya kan kalau korang duk kat hotel kat salah satu kebanggan kita sebagai warganegara Malaysia. Best kan. 

1 comment:

  1. i last went there like more than 10 years ago. wowwww

    ReplyDelete