HOTEL | Pulse Grande Hotel 🌸Menginap di Putrajaya
Bulan lepas
sahabat CM , Kak Fida pergi
menghadiri satu majlis Penganugerahan Freight Services syarikat Suaminya.
Dia dengan
bersemangat bercerita kepada CM kawasan hotel yang dia inap tu cantik dan
ekslusif di kawasan Putrajaya. Jauh jugak perjalanan untuk tiba disana dari
Pulau Pinang ke Putrajaya mengambil masa lebih kurang 6 Jam.
Dalam
perjalanan pergi ke Putrajaya , Kak Fida dah siap booking Hotel dengan
menggunakan Traveloka. Cantik sungguh bilik Kak Fida iaitu Deluxe
Park View di Pulse Grande Hotel (Formerly known as Putrajaya Shangri-La)
Pelbagai
acara menarik boleh dilakukan di Putrajaya antaranya dengan menaiki bot kat
Tasik Putrajaya.Boleh pilih samada nak naik Belimbing Cruise ataupun Perahu
Dondang Sayang.Ada jugak ditawarkan pakej santapan istimewa yang boleh ditempah
dalam Dining Cruise Boat yang berhawa dingin atau Love Boat ala gondola.
Tak rugilah
kalau anda datang ke Putrajaya sebab ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di
kawasan sekitar malahan pemandangan pun cantik, sesuai untuk penggemar selfie.
Antara
lokasi menarik yang korang dapat lawati ketika berada kat Putrajaya ialah Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terletak kat atas bulatan besar kat
Putrajaya.
Bangunan
ini sangat menarik dengan reka bentuk moden dan kecanggihan teknologi ini
confirm menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.Kepada pengunjung yang belum pernah
melihat sendiri bangunan ini secara dekat confirmnya tak akan melepaskan
peluang kalau berada kat Putrajaya.
Antara yang
sempat Kak Fida lawat adalah menziarahi Masjid Putra yang tersergam indah .Ianya
adalah mercu tanda di Putrajaya.Cantik struktur bangunan dan ukiran di dinding
masjid.Alhamdulllah sempat Kak Fida solat bersama suami dan anak-anak.
1 comments
i last went there like more than 10 years ago. wowwww
ReplyDelete