Menu ni CM share untuk semua bakal2 ibu yang akan melalui fasa berpantang.
Dah jemu asyik makan nasi putih dengan ikan masin dan tumbuk lada hitam..CM try masak ni la pulak.
Bahan-bahan
Ikan tenggiri 2 keping besar
3 ulas bawang putih – dimayang kecil
2 cm lengkuas – dihiris nipis
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air (Alam pakai sukat cawan teh)
garam secukup rasa
Cara-cara
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan
Ikan dipotong kecil dan dibersihkan
Masukkan semua bahan ke dalam periuk
Masakkan hingga kuah mendidih.
Lepas tu dah boleh hidang dengan nasi yang masih panas
Lepas tu dah boleh hidang dengan nasi yang masih panas
Nota kecil : Maksud nasi yang masih panas adalah nasi yang dimasak satu kali dan bukan nasi yang dipanaskan.Selalunya orang tua2 dulu letak nasi dalam sukatan sekali makan sahaja..Kalau nak makan lagi kene masak lain la ye :)
Tak berpantang pun sedap ni..
ReplyDeletebila dah xtaw nk masak pe..kita main masak campak2 jer..hihi
Delete