Saturday, March 11, 2017

CARA DIET YANG SALAH






Impian setiap wanita ingin kan bentuk tubuh badan yang ramping dan mempunyai kulit yang anjal ala2 artis yang masing2 tahu bahawa mereka banyak mengambil suppliment untuk kecantikan.

Bagi wanita yang tidak mempunyai banyak masa yang terluang yang ingin diisi dengan senaman erobik ala zumba atau pun senaman di tempat- tempat riadah tidak semestinya tidak dapat memiliki bentuk badan yang diidamkan.

Cara yang terbaik adalah menjaga pemakanan yang seimbang dengan menolak makanan "Fast Food" yang kita ketahui amat berbahaya dalam piramid makanan.

Walaupun berat ...memang berat jugak nak tinggal sepenuhnya ..contohnya KFC yang kita ketahui "Ayam Goreng yang sedap" dan juga McD yang kita ketahui jugak " Burger yang umph!"
Serta Coffie jenama apa saja yang berkrim..Bagi CM , Coffie yang paling sukar ditolak sebab dalam sehari susah nak menongkat mata di depan skrin komputer di ofis tanpa Coffie.

Antara diet yang salah cth nya 

Mengikat Perut secara Paksa


Manusia "Makan untuk hidup" bukan "Hidup untuk makan".Mesti semua pernah dengar kenyataan ini..Iye la kalau kita hidup untuk makan, maka tak perlu la bekerja untuk sara hidup dan melakukan aktiviti seharian.Just focus untuk makan.Salah cara tu..
Sesetengah wanita berfikir , jika tak makan tubuh badan akan mengecil dengan cepat.
Hal ini akan membuatkan badan hilang kudrat dan tenaga .Kalau tak makan , dimana datang tenaga untuk bergerak.Kan?
Harus makan tapi dengan kuantiti yang sedIkit dan kerap makan jika lapar.Juga dengan kuantiti yang sikit.
Tak salah pun nak cuba diet Atkins atau diet kita2 sendiri .Asalkan pengambilan karbohidrat di terhad kan.



Makan Limau Nipis dengan Asam Jawa  

Cara diet ini di ambil oleh golongan yang berfikir , jika makan asam akan membuatkan perut kempis dengan mendadak.Ye la, kalau makan asyik ulang alik ke toilet dan fikir kononnya depat mencuci perut salah jugak.








Boleh mengakibatkan gastrik dan jika pengambilan limau nipis yang berlebihan acid didalam perut , boleh mengakibatkan sistem perkumuhan kita terganggu.












Fanatik Kopi Kurus

Sekarang ni , produk kopi untuk kurus dah makin banyak di pasaran,Kopi untuk kuat tenaga batin la, kopi kuat untuk tulang la, kopi untuk menjana tenaga untuk tubuh badan la dan juga kopi untuk kurus .Untuk memastikan kopi yang terbaik , kita dah membuat salur tekak ni experimen untuk mencuba hasil.Tanpa kita fikir , jika terlebih minum kopi kita juga akan dapat penyakit sakit kepala...ye la...Kopi adalah Cafein .Hah..sape yang ada migrain tu , elakkan la..minum kopi campur macam2 produk dalam seharian.kalau minum satu jenis saja...Kalau campur alamat nya "headache" yang teruk akan berlaku.
CM ada migrain sejak 2004 , so kalau nak cuba2 kopi pelbagai jenis dalam satu minggu tu adalah amat membahayakan kesihatan CM.


HATI- HATI DALAM BERDIET.

1 comment:

  1. Rupanya selama ni saya diet dengan cara yang salah.. terima kasih atas pencerahan

    ReplyDelete