Sunday, February 19, 2017

Kelebihan Bubur Nabi Sulaiman

Salam Ahad,


Perkongsian dan boleh kita olah untuk baby yang mula makan bubur nasi versi udang.
Asalkan baby tak ada alahan makanan laut.

Dulu-dulu masa kecik2 CM tinggal disebuah kampung di kawasan Sungai Batu,Pulau Pinang.
Tinggal berdekatan rumah Tok Siah yang berasal dari Kulim.
Dah arwah dah tok tu sekarang ni..

Al Fatihah buat beliau.

Alkisah CM demam masa tu , tak sihat badan dan tidak la kita berjemur panas bermain tali lompat.
Tok tengok kita bersandar di depan pintu rumah dengan memeluk kusyen sofa rotan dulu2.
Tok jerit panggil kita dan melambai kepada kita ni..

Sampai di masak kepada  CM semangkuk moi orang kedah panggil iaitu bubur.

Tok cakap ini moi Nabi Sulaiman.

Sebab ada udang kot ...tak pernah lah pulak CM tanya ,agaknya  orang dulu2 gelar moi tumis ade udang ni Bubur Nabi Sulaiman..


Sama macam moi(bubur) lain.Cumanya ditumis dan diletakkan udang.



No comments:

Post a Comment