Entri ini adalah dari pengalaman sendiri.
Sifat wanita yang pemalu memang diwajibkan dan perlu ada dalam setiap diri wanita sendiri.
Jika tiada sifat tu tak wujud lah perampas suami , wanita kaki lepak clubbing bagai yang kononnya nak lepas kan stress dan masalah peribadi sendiri .
Pada hakikatnya , hal dan perbuatan yang dilakukan adalah memudaratkan diri seseorang wanita itu sendiri.
Entri ni tak karang ayat untuk blame semua wanita yang bermasalah.Sebab mungkin hal yang dilakukan ada untuk kepuasan sendiri..
Ok , berbalik dengan subjek CM diatas tentang Wanita Usah Malu iaitu dalam kelompok yang mempunyai masalah keputihan dan angin dalam tubuh badan.
Bermacam dan pelbagai produk yang dijual untuk mencuci serta menjaga kemaluan wanita .
Salah satu nya Lactacyd dan produk2 herba yang meluas sekarang ini.
Perlu kita ambil tahu bahawa setiap wanita tak sama keserasian produk dengan Miss V kita.
Ada sesetengah wanita boleh memakai pelbagai jenis produk dan ada juga yang mengalami alahan pada kulit Miss V dan menyebabkan kegatalan di kawasan pipi Miss V.
Kadang seller produk mengambil hati pembeli dengan kata2 manis.Perlu diingatkan , "Setiap Kulit tak sama dengan Duta setiap produk".
Jenis CM , kulit sensitif dan alahan jika CM mencuci Miss V dengan produk2 yang dijual dipasaran.Pernah juga membeli "Pencuci Mak Dara " dan "Lactacyd " yang khususnya digunakan untuk mencuci Miss V , malangnya kesan keatas Miss V mengalami keputihan yang banyak dan gatal di bahagian Miss V.Ini berlanjutan sehingga tempoh 3 hari.
Hari ketiga berlengah untuk berjumpa doktor kerana sifat malu untuk meluahkan kepada Doctor.Inisiatif diri oleh kerana tak tahan gatal dibahagian Miss V , CM pun menebalkan muka berjumpa doktor.Mujur lah doktor Perempuan yang bertugas.
Selepas pulang dari Klinik , CM terus menuju ke rumah makteh (adik kepada mak ), untuk mengambil sedikit daun sirih dan pegaga.
Selepas mendapatlkan sirih , CM terus merebus sirih bersama air putih di dalam periuk kecik.Selepas mendidih , CM pun mencampurkan air paip bersama dengan tujuan untuk menyuamkan air rebusan tadi.Selepas itu , CM mencuci Miss V dengan menggunakan air rebusan sirih tadi.Langkah ini CM lakukan setiap 4jam , dan hasilnya , keputihan dan kegatalan dibahagian Miss V berkurangan.
Nasihat CM, setiap manusia kulit tak sama keanjalan dan pigmen ada yang jenis sensitif.
CM tak salah kan Lactacyd atau pun produk Mak Dara , jenis kulit lain-lain kerana adalah salah seorang wanita yang mempunyai kulit sensitif dibahagian Miss V.
Tips ni , diberi oleh mak CM sendiri.Dan nyata berhasil malahan dengan menggunakan air rebusan sirih dapat merapatkan dan mewangikan lagi kemaluan kita.
Oleh itu, para wanita jangan malu ketika mengalami pengalaman seperti CM
Oh ya , bagaimana CM mengurangkan kesan mengelupas di Miss V ketika mengalami masalah keputihan ini?
Next Entri CM share.
Terdapat pelbagai produk keluaran pencuci wanita di pasaran.. Reen kurang suka dengan bau pencuci wanita Lactacyd..
ReplyDeleteYang mak dara wangi..
http://www.reenri.com
sebab wangi la yang try tu...tak sangka pulak makin teruk keputihan.
DeleteAlhamdulillah sekarang dah ok
wow bestnya
ReplyDeletewangi kan
anum singgah n follow
plz follow me back
tq
tq singgah sini..;)
Delete